Bahagian 1, Dendang Diriku

Aku merayai diriku, dan mendendangkan diriku,
Dan segala yang ku andaikan, akan juga kau andai,
Kerana setiap zarah yang ku miliki dimiliki juga kau.
Aku melepak dan mempelawa diriku,
Aku sandar dan melepak ikut senang memandang sebilah rumput musim panas.
Lidahku, setiap zarah darahku, terjelma dari tanah ini, dari udara ini,
Dilahirkan ayah bonda yang dilahirkan sini dari ayah bonda yang begitu, dan ayah bonda mereka yang begitu juga,
Aku, sekarang berusia tiga puluh tujuh tahun sihat sempurna bermula,
Berazam tak akan henti sehingga saat mati.
Mahzab dan arus pemikiran yang terbiar,
Yang berundur seketika memadai, tapi yang tak pernah dilupakan,
Aku menaruh, biar baik buruk, aku benarkan bersuara biar apa pun bahayanya,
Alam tanpa penghalangan penuh dengan daya asal.

Languages and Sections