Bahagian 5, Dendang Diriku

Aku percaya padamu jiwaku, dan aku yang lain tidak harus hina pada mu,
Dan kau tidak harus hina pada nya.
 
Lepaklah di atas rumpun bersama saya, lepaskanlah penutup di lehermu,
Bukanlah kata-kata, bukanlah irama-serama yang saya inginkan, bukanlah adat atau syarahan, bukan
                pun itu yang paling sempurna,
Hanya dondang yang ku sayangi, senandung suaramu yang injup.
 
Aku mengenang bagaimana kita berbaring pada suatu pagi musim panas yang terang,
Bagaimana engkau meletakkan kepala mu melintangi pinggulku dan dengan santun berpaling
                ke atas diriku,
Dan menyiahkan kemeja dari tulang dada ku, dan menyelam
                lidah mu ke jantung ku yang terbuka telanjang,
Dan menghulurkan tangan menyentuh janggutku, dan menghulurkan tangan memegang
                kakiku.
 
Dengan pantas muncul dan menyelubungi diri ku rasa tenteram dan penuh pengetahuan yang
                melampaui segala perselisihan di bumi ini,
Dan aku tahu bahawa tangan Tuhan adalah janji ku sendiri,
Dan aku tahu bahawa roh Tuhan adalah saudaraku sendiri,
Dan bahawa kesemua lelaki yang pernah dilahirkan adalah saudaraku, dan
                wanita adalah adik-kakak dan kekasihku,
Dan bahawa alang kejadian adalah kasih sayang,
Dan tak terhingga adalah daun-daun keras atau layu di padang,
Dan semut perang di telaga kecil di bawahnya,
Dan kuping pagar ulat yang berlumut, batu-bata yang ditambun, pohon elder, muellin
                dan rumpunan pokeweed.

Languages and Sections